Thursday, April 7, 2011

tips interview???



assalamualaikum


dengar je pasal interview nie nini jadi seram sejuk jew.. scary betol. tapi. nini mintak2 dapat laa tawaran untuk interview kat maktab. insyaAllah..amin amin...amin

memang la kat skolah daa ade banyak program yang cikgu2 buat untuk sesi temuduga nii. tp, still takot jugak. hahaa. mintak2 jugak ari tu nanti sihat walafiat. takut jadi cam nini mouse ni je.

http://www.cute-smiley.com

so, nini nk share sket ape yang perlu kite buat pada hari interview tuu. sila bace yee. hehe..


  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.


p/s:nie tips time nk interview....nanti nini bagi tips lain pulak eh..hehe..


1 comments:

ardinihumaira said...

masuk tu mung kentot je sure pass punya hahaha