Wednesday, June 15, 2011

renungan : tidur selepas subuh..

salam


hari ni nini nak share pasal hukum tidur selepas subuh laaa.hehee.sama2 laa kita renungkan yaaaaa:)



read this:
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:
“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".
Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.

Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.

Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adalah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan...




http://www.cute-smiley.com

sronok je tengok nini mouse ni tido..jeloss nyee!!!



nice read thiss???hehee
^_^