Monday, August 6, 2012

17 ramadhan

assalamualaikum

sedar tak sedar. kita telah masuk dalam pertengahan bulan ramadhan al-mubarak. hari ni tanggal 17 ramadhan iaitu tarikh yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam iaitu sempena peristiwa NUZUL AL-QURAN.  







Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat AL-QURAN yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya.

 Firman Allah bermaksud:
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)



p/s : sama2 perbanyakkan ibadah di akhir-akhir bulan ramadhan ni. semoga kita jumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam "lailatul Qadar" . 
insyaallah. amin. 






6 comments:

Aqilah Ali said...

nini...

salam ramadhan dan salam nuzul al quran yee...


maafkan silap dan salah qlah :)

Syamimi Razali said...

THANKS for the sharing :)

Anum said...

sekejap je masa berlalu

MrSepet said...

:D

izla said...

insyaAllah, sama2 kita perbanyakkan amalan

gassi kekcok said...

Alhamdulillah.. semoga diberi kekuatan utk terus beribadah Insyaallah