Sunday, January 20, 2013

Festival Beliawanis Nasional


assalamualaikum.



“setiap ilmu itu perlu dicari. bukan berdiam diri menunggu ilmu tersebut datang kepada kita sendiri”


walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan dan banyak benda yang nini kena buat minggu ni. Alhamdulillah. Allah telah permudahkan semua urusan nini dan kawan-kawan untuk ke Main Auditorium, UIA Gombak sempena Festival Beliawanis Nasional ni. macam biasa. kalau naik bas. mesti naik dengan roomate. sampai2 tengok ramainya orang yang datang. dan benda yang perlu kita buat ialah  bergambar. peace!.


IMG_20130119_090112
::: tira?


IMG_8068
::: wakil beliawanis dari KEDAH


banyak pengalaman yang best nini dapat kat sana. dari awal pagi sampai malam program tu berlangsung. pagi tu ada forum yang bertajuk “Bina Jati Diri, Beri Inspirasi”.  3 orang panelis yang hebat dalam forum tu termasuklah Amie Sofia Ahmad. best dengar talk yang dia bagi. dah la comel kan. then lepas tu ada talk tentang Grooming. pasal kecantikan gitu2. kat dewan tu semuanya perempuan. tak da sorang pun lelaki yang sertai untuk program ni tau. dah nama pun BELIAWANIS. so, agak seronok bila bercakap tentang kaum2 hawa ni. :)


‘Vitamin rohani boleh membuat diri kita kuat. Bangunlah solat 2 rakaat sebelum subuh walaupun kita penat’. selamat beramal.



20130119_100752
::: Jati diri ialah satu keperibadian yang unik.



forum yang kedua ni paling best. sebab dah lama nini tunggu nak dengar. Forum : GAZA, KAMI BERSAMA MU. ada 3 juga panelis time ni. farrah adeeba tak dapat datang dan kak amie sofia gantikan kak farah. salima habibi pun ada skali tau. mereka sangat bertuah sebab dapat pergi ke Gaza dan melihat sendiri keadaan orang Islam di Gaza.  ramai rakyat Malaysia yang pergi Gaza untuk membantu rakyat seagama kita disana. dengan kutipan derma yang telah dibuat di Malaysia. Insyaallah dapat membantu mereka disana. banyak pengalaman yang mereka kongsikan bersama. tersentuh dengan cerita dan gambar-gambar yang mereka tunjukkan. betapa besar dugaan orang-orang Gaza.

kak Salima suruh semua laungkan:

Apa matlamat kamu?
ALLAH!
Siapa guru kamu?
AR RASUL!
Apa buku kamu?
AL-QURAN!

bergenang air mata kitaorang time tu. SUBHANALLAH. semoga orang-orang Islam di Gaza semakin kuat. semoga mereka mendapat kemenangan nanti. INSYAALLAH.



IMG_8152
::: ok. cik hanis sempat snap gambar ni untuk kita. ramai sangat orang.
 thanks cik hanis ambik banyak gambar cantik! hehe


program untuk malam pula. ada satu sajak yang disampaikan oleh Wan Nor Mazuani, Naib Juara Solehah 2011. then ada teater Ibu Partiwi. nice.
dan lepas tu. naik bas. bertolaklah kami ke Kedah. Alhamdulillah. walaupun sedikit penat. sampai jugak nini ke IPDA pagi tadi.



20130119_184821
::: BERSAMA UMI


IMG_8192
::: kena buli ngan cik hanis



IMG_8098
::: nadiah!


Duit akan habis. Tapi bagaimana duit yang ada itu kita habiskan?
Masa juga akan habis. Tapi bagaimanakah masa yang ada itu kita gunakan?
Gunalah dengan cara yang berfaedah dan yang akan memberi manfaat kepada kita semua. :)



3 comments:

Anum said...

moning
singgah pagi

amirah said...

bestnya...menarik program2 camni...

Unknown said...

alhamdulilah we've gained a lot of new knowledge n experience from this programme. nt ado prgram gni lg, kto g lg deh. hihi insyaAllah ^_^