Friday, December 9, 2011

renungan : qiamullai



salam


sempena hari jumaat ni. nini nak share pasal kelebihan Qiamullai la. Qiamullail ni adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. seperti yang korang tau. Qiamullai adalah bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadat tertentu seperti solat, doa, zikir, dan sebagainya. then, Qiamullai ni boleh dikerjakan secara beramai ramai atau pun berseorangan.




" Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih"








Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.

Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)


Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)

Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin.



p/s : sama sama kita mencari redha Allah. insyaallah hidup akan diberkati.

4 comments:

Cik_Shiqah said...

perkongsian yg bermanfaat :)
sama2 mengejar redha Ilahi, InsyaAllah.

eiyzniey said...

Insyaallah...
:)

D-SIM said...

huhu..bagus info nie

eiyzniey said...

D-sim : 1st time puji entry blog nii eaaa?
Ehemmmm..
Btw..thx 4 the comment. :)