Wednesday, August 1, 2012

ramadhan.



assalamualaikum

hari ni dah masuk malam ke-13 Ramadhan. alhamdulillah. dapat juga kita menikmati bulan ramadhan pada tahun ni dan harap-harap smoga kita dapat menunaikan puasa sebulan di bulan ramadhan kali ini. insyaallah. amin.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah  diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
- Surah Al Baqarah: 183


Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna  bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. smoga kita dapat perbetulkan diri dan perbanyakkan pahala di bulan yang mulia ini.


A

::: walaupun dah lambat. nak wish jgk. :)
pic: kredit to nis

p/s : jangan pula ada yang ponteng puasa tahun ni tauu. tak baikk. dina, adik nini yang darjah empat pun still puasa penuh lagi stakat ni. bagi yang sihat dan tak uzur tu.  sila-sila la kuatkan diri dan iman untuk menunaikan ibadah puasa.

:)