Sunday, January 26, 2014
bakal guru
Assalamualaikum.
apabila percaya kepada Allah.
tak perlu rasa sedih. tak perlu rasa kecewa. tak perlu sesekali rasa menyesal.
semuanya sudah ditentukan olehNya untuk kita.
masih jauh perjalanan bagi bakal seorang guru. masih banyak pengalaman yang harus dicari. semoga sentiasa berada dalam landasan yang benar.
InsyaAllah.
Friday, January 10, 2014
doa untuk anak soleh
Assalamualaikum.
Muhammad Rayyan Darwish dah masuk umur setahun lebih. dah tumbuh gigi. dah boleh jalan. dah pandai buat muka nak selfie selfie macam orang besar. haiii. geram sungguh dengan budak hensem ni sorang.
cik ning doakan darwish menjadi anak soleh mama papa dunia akhirat.
nanti balik raya tahun ni mesti dah boleh lari sampai tak larat nak kejar. haha
doa supaya anak menjadi soleh. InsyaAllah. :)
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).
اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).
اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
(Allahumma barik fihi wanshur minhu)
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.
: dr Ustaz Zahazan
Saturday, December 28, 2013
Niat
Terkadang hati ini gembira,
Terkadang hati ini hambar,
Terkadang hati ini sayu,
Terkadang hati ini sakit.
Walau apa orang kata,
Walau apa orang berbicara,
Tetap dengan pendirian diri,
Tetap dengan kata hati.
Dahulukan sesuatu perkara dengan niat.
Niat kerana Allah.
InsyaAllah hidup kita akan diberkatiNya.
Ameen.
:')
Friday, December 27, 2013
Hati
Walaupun di luar sana,
Aku masih tersenyum,
Masih tertawa,
Masih mampu membuat orang lain ketawa.
Dalam hati aku?
Siapa yang tahu?
Siapa yang tahu hati ini masih sakit?
Dalam hati masih tersimpan rasa sakit yang dulu?
Berserah adalah satu jalan penyelesaian.
Jalan yang membuat kita redha dengan ketentuan Allah S.W.T.
Agar tidak terkilan dengan ketentuanNya.
InsyaAllah. Berserahlah kepada Allah wahai manusia yang lemah.
NurulIzniIshak
Subscribe to:
Posts (Atom)