Showing posts with label puasa.ramadhan. Show all posts
Showing posts with label puasa.ramadhan. Show all posts

Monday, August 6, 2012

17 ramadhan

assalamualaikum

sedar tak sedar. kita telah masuk dalam pertengahan bulan ramadhan al-mubarak. hari ni tanggal 17 ramadhan iaitu tarikh yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam iaitu sempena peristiwa NUZUL AL-QURAN.  







Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat AL-QURAN yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya.

 Firman Allah bermaksud:
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)



p/s : sama2 perbanyakkan ibadah di akhir-akhir bulan ramadhan ni. semoga kita jumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam "lailatul Qadar" . 
insyaallah. amin. 






Wednesday, August 17, 2011

NUZUL AL-QURAN



salam Nuzul Al-Quran


hari ni dah masuk 17 ramadhan..so..pada hari yang mulia ni..banyak2 kan laa baca Al-Quran yaaa..sama2 kita renungkan..


Al-Quran di turunkan untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan...Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim..Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa..Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah...





Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. insyaallah..amin...






Tuesday, August 16, 2011

iftar ramadhan



salam



berbuka puasa beramai-ramai best kan..tadi nini pun dah berbuka ngan bebudak classmate+our beloved mentor.. pn.fatahiyah..kitaorang berbuka di kdai makan mahani & johari kat tanah merah..kalau nak tau. kat jitra pun ada red land uuu..bukan kelantan jaa yang ada red land nii..hehe..





~slamat berbuka~



~nice scarf~




~ecececee~



~soo sweettt~




~xsbar nak buka pose eaa?? ~



~b4 berbuka~




~kenyang daa..huh..licin tuuu~



tu jaa gambar yang sempat nini upload..sori to sesape y xde lam nii..hehe..nak tdo daa...lain kali kita p iftar sama2 lagi eaaaaa..ok??hhehee


Sunday, August 7, 2011

renungan: bagun laa sahur...



salam


kenapa laa liat sangat nak bangun sahur??hmm..sebab tidur lewat ke??mayb kut...so, nini kena tidur awal laa lepas ni??hmmm..sebenarnya kita memang digalakkan untuk bangun sahur kan..hehe...sahur itu sunat..sekalipun ia tidak diwajibkan..namun amat-amat digalakkan...


bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja..bukan pe ni untuk kebaikan korang juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa...





p/s : “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”
so..esok bangun sahur yaaa!makan rotii..ehehe..




Sunday, July 31, 2011

selamat berpuasa!!!



salam


esok dah masuk bulan ramadhan.....alhamdulillah....hmmmm..nini pun nak wish selamat berpuasa kepada seluruh umat islam....tak kira di mana jua anda berada...semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan lebih baik dari tahun2 sebelum niii....ye laaaa..sebagai umat islam kita perlu mendalami pengertian sebenar puasa menurut islam....puasa adalah dinding kepada umat islam dan solat adalah tiangnya...bagaimana dinding hendak lekat sekiranya tiang tiada???kita harus ingat ganjaran yang akan kita perolehi daripada Allah s.w.t apabila kita berpuasa...so....puasa jangan tak puasa yeeee


nantiii jangan plak nak ponteng puasa yaaaa..xbaik!!!berdosa tau.....heheeeee:P





p/s: manfaatilah bulan ramadhan ini dengan sebaik-baiknyaaaa...insyaallah..amin...