Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Niat


Terkadang hati ini gembira,
Terkadang hati ini hambar,
Terkadang hati ini sayu,
Terkadang hati ini sakit.

Walau apa orang kata,
Walau apa orang berbicara,
Tetap dengan pendirian diri,
Tetap dengan kata hati.

Dahulukan sesuatu perkara dengan niat.
Niat kerana Allah.
InsyaAllah hidup kita akan diberkatiNya.
Ameen.


:')

Thursday, May 30, 2013

#renungan : Kerana Cinta


Assalamualaikum.


buat sahabat-sahabat. :)






Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.




semoga kita sentiasa dilindungi dan berada dalam rahmat Allah S.W.T.
:')

Friday, March 8, 2013

#renungan LaTahzan



suatu pagi.
 apabila kita bagun dari tidur.
dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam.
tetapi, Allah masih menguji kita lagi.
kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang semuanya.

JANGAN BERSEDIH.

selagi kita masih bernafas hari itu.
selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk kita perbetulkan keadaan.
dan yang paling penting!

JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA DENGAN KASIH SAYANG DAN RAHMAT ALLAH S.W.T.




::: smile. :)



Friday, February 8, 2013

Salam Jumaat

assalamualaikum





hendaklah sentiasa bercakap dengan perkataan yang baik dan berdiam dirilah sekiranya dengan diam itu ada faedahnya.


sama-sama perbanyakkan istighfar dan selawat dalam setiap saat kita bernafas.


Wednesday, December 12, 2012

bersabarlah wahai hati











Assalamualaikum. 







Senyumlah walaupun hati kita disakiti. Seyumlah walaupun diri kita dianiaya. Senyumlah kerana disebalik senyuman itu pastinya tersimpan kekuatan dalam diri kita. Disebalik senyuman kita juga pastinya terselit rasa sabar yang akan membangkitkan diri kita. 













Learn patience from ASIYAH.
Loyalty from Khadijah.
Purity from Maryam.
Sincerity from Aishah.
Steadfastness from Fatimah.

:')




Tuesday, June 19, 2012

belajar berterima kasih


assalamualaikum


seronok jugak dapat choc free ni. heeee. mane tak nya. semua benda free yang kita dapat mesti best punye. kalo tak caya. try suh sape sapa bagi choc ke kek ke aiskrim ke. ape ape jelaa yang boleh di makan. pastu makan. masyaallah. nikmat nye tak tau nak cakap camne. heee.


ni big choc yang kak dini bagi dlu. hihi *terjumpe gambar ni tadi :




::: satu



::: dua




p/s : berterima kasih lah kepada yang memberi. yang menerima pulak. haruslah mengucapkan alhamdulillah  bersyukur dengan rezeki yang diterima :)





Friday, June 15, 2012

Rindu Muhammadku




assalamualaikum


comel tengok budak budak ni. nanti jadi cikgu. nak suh anak-anak murid tengok vidoe ni la. 









rindu Muhammadku.
:')






Thursday, June 14, 2012

14 JUNE





assalamualaikum







insyaallah
 :D








i

in

Monday, June 11, 2012

senyum :)





assalamualaikum


setiap manusia tak pernah lari daripada buat salah. kita bukannya malaikat yang tidak pernah berbuat salah. so, kita juga tidak berhak untuk menghukum dan berdendam dengan seseorang yang berbuat salah terhadap kita. 




bila nini tengok bende ni pusing pusing. rase hepi plak. comel  ^_^



" no matter how hard things may seem, please don't give up and get down. the clouds will clear and there are brighter days ahead "


~kita ada Allah~


p/s : la tahzan :')



Friday, June 8, 2012

hati Al-Quran




 assalamualaikum


sungguh besar pahala kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran. tahukah kita bahawa hati Al-Quran ialah Surah Yaasin dan banyak pahala membacanya. kalau selalu amalkan membaca Surah Yaasin setiap pagi lagi bagus. lagi bagus sekiranya kita dapat menghafal surah ini dengan betul.

selain tu. kita boleh sedekahkan surah yaasin kepada ibu bapa kita, orang yang telah meninggalkan dunia lebih awal daripada kita, untuk kesejahteraan kita setiap hari dan kepada saudara kita yang dalam kesusahan seperti di Syria pada hari ini.
 :')








fadhilat surah Yaasin :

" Daripada Ma'qal bin Yaasar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Hati Al-Quran ialah Surah Yaasin, tidaklah dibaca seorang lelaki surah tersebut mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah Surah Yasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan setelah mati."
(HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai)




" Telah bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin ; barangsiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya ditulisnkan pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya. "
( HR At-Tarmizi dari Anas r.a)




p/s : sama sama kita mencari redha Allah. 
insyaallah :)



Sunday, February 5, 2012

renungan : tujuh amalan Nabi Muhammad S.A.W.

assalamualaikum


Terdapat tujuh amalan Nabi s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan baginda sebagai sunnah dan amalan seharian. iaitu :





Melaksanakan solat berjemaah di masjid.

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian."


 Mengerjakan solat tahajjud.

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)


 Membaca al-Qur'an.


Pembaca al-Qur'an akan mendapat kemuliaan dihari akhirat nanti. Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.


Solat Dhuha.



Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,"Barangsiap yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Dhuha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."
(Hadis Riwayat Abu Daud).


Memberi sedekah.



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : “Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.”
(Surah al-Munafiqqun ayat 10)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“…..Seorang lelaki yang bersedekah secara diam-diam sehinggalah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.”
(Hadis Riwayar Bukhari dan Muslim)


 Beristighfar dan berzikir.




Memperbanyakkan istighfar serta taubat juga menjadi sebab bagi terhurainya segala masaalah serta terbuka luas segala pintu rezeki.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."


Berzikir memperoleh pahala yang tinggi. Rasulullah bersabda maksudnya : “Dua kalimah yang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah,ringan diucapkan pada lidah,berat dalam timbangan iaitu: Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallahil Aziim.”
(Hadis Bukhari dan Muslim)


Sentiasa berwudhu'.



Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar putih wajah dan anggota wudhu'nya dari bekas-bekas wudhu'. Barangsiapa di antara kamu ingin memanjanglan sinarnya, maka lakukanlah."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

share from this. :)

renungan : sama-sama kita mencari redha Allah S.W.T.
:)


Salam Maulidur Rasul


assalamualaikum


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul.


"Maulidur Rasul (arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Rasul.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahal dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. "
share from this







sempena hari yang sangat mulia ni. sama2 laa kita perbanyakkan zikir dibibir masing. 
:)



Friday, December 30, 2011

renungan : orang yang paling dekat dengan ALLAH s.w.t




assalamualaikum

hari ni dah masuk hari jumaat ya. maknya tinggal esok jaa nini boleh tidur dalam bilik kat umah.  sebab pagi ahad tu, nini ngan abang wan nak bertolak pegi kedah daa. huee. sedih nyaa kan nak tinggal rumah…ok dah nini! tak payah nak sedih sedih.  cepat cepat betul kan niat. pergi sana kan nak belajar. kan kan. insyaallah. :)

haaa. hari ni nini ade nak share pasal orang yang paling dekat dengan Allah s.w.t. sape tak nak sentiasa dekat dengan Pencipta Alam kann. hari tu nini ade baca dalam blog Ustazah Azimah. tentang orang yang paling dekat dengan Allah dan yang paling hampir dengan Allah s.w.t.


solat



Hadis Nabi Muhammad s.a.w. :    '”Ya Tuhan semsta alam, siapakah hambamu yang paling dekat denganMu?

“hamba yang sedang LAPAR dan yang sedang SUJUD”

ni bermakna. orang yang tengah lapar tu orang yang berpuasa. then, orang yang sedang sujud tu means orang yang sedang solat atau yang selalu rajin serta beristiqamah melakukan solat sebagaimana yang diperintahkan olehNya.


p/s : sama sama laaa kita mencari redha Allah.
:)

Sunday, December 25, 2011

renungan : jom jadi pemaaf

assalamualaikum

sememangnya susah untuk memaafkan seseorang yang pernah buat kita marah, buat kita sakit hati even dia pernah buat something yang kita tak suka. apetah lagi dengan orang yang pernah buat fitnah atau yang benar benar buat jiwa raga kita tak tenang kan. namun. igat laaa sedangkan Nabi memaafkan umatnya. apa lagi kita hamba Allah yang kerdil ini kan. :)


sebab tu la.kalau mengikut sunnah Rasulullah. before tidur tu, kita perlu memaafkan semua kesalahan manusia kepada kita. jangan laa sesekali menanam sikap demdam dalam diri. nauzubillah. mintak dijauhkan sama sekali kan. cubalah memaafkan seseorang itu dan lupakan perkara yang lepas. ambil semua tu sebagai pengajaran buat kita. 


Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).





p/s : sikap dendam itu hanya memakan diri sendiri



Friday, December 23, 2011

renungan : sabar itu separuh daripada iman




assalamualaikum





orang cakap. sabar itu separuh daripada iman right? mestila. sedangkan Allah Ta'ala telah berfirman : "nescayalah sedikit cubaan akan diberikan kepada kamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar." (al-Baqarah : 155 )

dalam hidup ni. kadang-kadang kita diberi dugaan kan. sama ada berat atau ringan. namun. ingat laa. bahawa Allah memberi sesuatu dugaan kepada hambanya mengikut kemampuan hambanya itu sendiri. means dugaan yang diberi tu boleh dihadapi oleh hambanya. so, kalau kita mendapat sesuatu dugaan tu. cepat cepat la berdoa. minta pertolongan daripada Allah. sesungguhnya tiada lagi tempat bagi seseorang manusia itu untuk mengadu selain Allah s.w.t.

kalau kita lihat. jarang sangat kita bersyukur dengan ujian dan dugaan yang telah diberikan . padahal, ujian yang Allah beri kat kita tu laa memberi banyak peringatan supaya kita supaya kembali dekat kepada-Nya. supaya kita ingat kepada-Nya. supaya kita perbanyakkan amalan yang baik dan memohon doa kepada Dia.







As HE promise HE will always be there





"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]


"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.



sumber : i luv islam.com



p/s : sama sama kita mencari redha Allah.
 insyaallah. amin





Thursday, December 22, 2011

Best Friend Till Jannah



assalamualaikum

 semenjak dua menjak ni. selalu ja duk buka you tube. heeee. ok. nak post jugak yang ni dalam blog. yeaahh!




best kan :)


ehemm. nini nak dedicate vidoe ni buat semua kawan kawan nini especially cik mimi, cik hanis dan cik tira. tak lupa juga kat my 'we lurve us' dan v5 semua. insyaallah. kita kawan sampai Jannah tau.

p/s : kepada calon yang nak ambik result esok. kalau malam ni rase takot sangat then rase tak boleh tido ngan nyenyak. nini syorkan korang buat solat tahajut. banyak banyakkan doa untuk hari esok tau. korang kan dah usaha. so, sekarang. tawakal yang penting  ni. ok dah. nini nak tido dah ni. semoga gembira di esok hari yaa.



Friday, December 16, 2011

renungan : solat dhuha


assalamualaikum


segala yang baik itu datang nya daripada ALLAH s.w.t. kita sebagai hambanya. harus bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh nya. nini pun. bersyukur dengan apa yang ada sekarang. syukur dikurniakan sihat tubuh badan. syukur dengan penglihatan yang diberi sekarang. syukur dengan keadaan yang dimiliki sekarang. walaupun hanya sementara.

kadang kadang kita lihat nasib orang di sekeliling lebih baik berbanding kita. tapi. try kita tengok nasib insan sesama kita yang sedikit berkurangan daripada kita. hopefully. we'll always be thankful to ALLAH when we wake up everyday. thank for everything that we had.

so, kalau ade masa yang terluang. boleh laa sama sama kita solat sunat dhuha ni. sebab solat dhuha ni banyak kebaikan nya. tak semestinya kita ditimpa masalah ataupun time nak exam baru kita solat dhuha untuk dimurahkan rezki. tapi buat laa sebagai satu amalan harian. sebab solat dhuha ni juga merupakan salah satu solat sunat yang dituntut.


"

Daripada ABU HURAIRAH r.a. , sabda NABI MUHAMMAD s.a.w., "telah berpesan kepadaku (Rasulullah s.a.w.) tiga macam pesanan : puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur." (riwayat Bukhari dan Muslim)

~waKtu mengerjakan solat dhuha pula adalah ketika matahari sedang naik (selepas matahari terbit hingga sebelum matahari tegak di atas kepala) ~
"







subhanallah. cantik nya!

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


NIAT SUNAT DHUHA


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

DOA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.




p/s : sama sama kita mencari redha ALLAH.
insyaallah




Friday, December 9, 2011

renungan : qiamullai



salam


sempena hari jumaat ni. nini nak share pasal kelebihan Qiamullai la. Qiamullail ni adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. seperti yang korang tau. Qiamullai adalah bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadat tertentu seperti solat, doa, zikir, dan sebagainya. then, Qiamullai ni boleh dikerjakan secara beramai ramai atau pun berseorangan.




" Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih"








Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.

Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)


Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)

Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin.



p/s : sama sama kita mencari redha Allah. insyaallah hidup akan diberkati.

Saturday, November 26, 2011

renungan : salam Maal Hijrah.



salam


selamat menyambut Awal Muharam Tahun 1433 Hijrah kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat sekalian. tak kira tua atau muda. sama2 laa kita berubah ke arah kebaikan. dengan azam baru. buka diary baru. moga2 kesalahan yang lepas dapat diperbaiki bersama. insyaallah.

hijrah itu adalah satu pengorbanan. :)


"Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi takwim hijrah"





Hope we'll be a better muslim in the future. Insyaallah. amin.

Tuesday, October 4, 2011

renungan : thinking about the future???



salam

perjalanan kita masih panjang kan. kita xtau lagi camne hari2 yang akan mendatang ni. it dawned on me thinking about all this recently that what I need to be . for today. tomorrow. and mayb for one day.




sometimes we need to think about our future right?


p/s : try to be the good one bcoz u're better than the best!
semua manusia diciptakan oleh Allah dengan sempurna kan. :)
sama sama kita mencari redha Allah. amin